Sejak
tahun 2013, Bengkel Matematik Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau
Pinang merupakan satu aktiviti Persatuan Sains Matematik untuk
penyertaan sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang. Sejajar dengan
perlancaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menegaskan
unsur penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata
pelajaran matematik, tujuan bengkel ini adalah untuk mengukuhkan minat
dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap jenis-jenis KBAT yang
dapat disemai melalui mata pelajaran matematik.
Bengkel
Matematik ialah suatu usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik
bersama penasihatnya di Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains
Malaysia untuk menyemaikan suasana mempelajari matematik dengan kaedah
kreatif yang dapat melatih murid-murid berfikiran kreatif serta
menguasai KBAT dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan ini secara
semulajadinya dapat mengukuhkan lagi minat dan meningkatkan penghargaan
murid-murid terhadap KBAT dan mata pelajaran matematik. Bengkel ini akan
disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 dari semua sekolah
rendah.
Objektif
1. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran Matematik.
2. Melatih pelajar untuk menguasai KBAT melalui penyelesaian masalah Matematik.
3. Melatih dan memupuk kreativiti pelajar melalui penghasilan kaedah sendiri semasa menyelesaikan masalah Matematik.