PENGENALAN


Sejak tahun 2013, Bengkel Matematik Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang merupakan satu aktiviti Persatuan Sains Matematik untuk penyertaan sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang. Sejajar dengan perlancaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menegaskan unsur penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran matematik, tujuan bengkel ini adalah untuk mengukuhkan minat dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap jenis-jenis KBAT yang dapat disemai melalui mata pelajaran matematik.


Bengkel Matematik ialah suatu usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik bersama penasihatnya di Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia untuk menyemaikan suasana mempelajari matematik dengan kaedah kreatif yang dapat melatih murid-murid berfikiran kreatif serta menguasai KBAT dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan ini secara semulajadinya dapat mengukuhkan lagi minat dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap KBAT dan mata pelajaran matematik. Bengkel ini akan disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6  dari semua sekolah rendah. 

Objektif
1. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran Matematik.
2. Melatih pelajar untuk menguasai KBAT melalui penyelesaian masalah Matematik.
3. Melatih dan memupuk kreativiti pelajar melalui penghasilan kaedah sendiri semasa menyelesaikan masalah Matematik.