PENGENALAN


Sejak tahun 2013, Bengkel Matematik Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang merupakan satu aktiviti Persatuan Sains Matematik untuk penyertaan sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang. Sejajar dengan perlancaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menegaskan unsur penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran matematik, tujuan bengkel ini adalah untuk mengukuhkan minat dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap jenis-jenis KBAT yang dapat disemai melalui mata pelajaran matematik.


Bengkel Matematik ialah suatu usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik bersama penasihatnya di Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia untuk menyemaikan suasana mempelajari matematik dengan kaedah kreatif yang dapat melatih murid-murid berfikiran kreatif serta menguasai KBAT dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan ini secara semulajadinya dapat mengukuhkan lagi minat dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap KBAT dan mata pelajaran matematik. Bengkel ini akan disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6  dari semua sekolah rendah. 

Objektif
1. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran Matematik.
2. Melatih pelajar untuk menguasai KBAT melalui penyelesaian masalah Matematik.
3. Melatih dan memupuk kreativiti pelajar melalui penghasilan kaedah sendiri semasa menyelesaikan masalah Matematik.

Bengkel Matematik 2018

Bengkel matematik kami berharap untuk mendedahkan pembelajaran beberapa topik penting dalam matematik Olympiad kepada murid-murid sekolah rendah yang berpencapaian akademik baik mahupun yang atas purata.

Objektif utama bengkel kami adalah untuk meningkatkan minat pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Matematik dan juga melatih mereka menguasai KBAT melalui penyelesaian Matematik dan memupuk kreativiti mereka dalam menghasilkan kaedah sendiri dalam menyelesaikan Matematik.

Untuk tahun 2018, bengkel kami akan menawarkan 3 topik yang terkenal dalam latihan matematik Olympiad:
1. Prinsip Laci
2. Kaedah Perhitungan
3. Prinsip Rangkuman dan Kecualian

Tarikh   : 17 Mac 2018 (Sabtu)
Masa    : 7 pagi- 6 petang
Tempat : Bangunan G03 USM, Pulau Pinang
Yuran   : RM40 (seorang)

TERBUKA KEPADA DARJAH 5 DAN 6 SAHAJA.
SERTAI SEBAGAI INDIVIDU ATAU SEKOLAH.
PENYERTAAN ADALAH TERHAD!

Bagi maklumat lanjut boleh hubungi:
LEONG (014-6846139)
LEE (017-2931368)
#MatematikMencetusMindaKreatif #USMBengkelMatematik2018

Informasi Tahun-tahun sebelum ini

2013
Tarikh : 30-31 Mac 2013
Peserta : 93 pelajar (18 sekolah)
Topik : Masalah luas dan perimeter, Masalah semakan pariti, Masalah keterbahagian, Masalah berkala, Masalah dan teknik pengiraan nombor.
2014
Tarikh : 22-23 Mac 2014
Peserta : 78 pelajar (14 sekolah)
Topik : Masalah ayam dan arnab, Masalah untung dan rugi, Masalah umur, Masalah pecahan
2015
Tarikh : 21-22 Mac 2015
Peserta : 69 pelajar (17 sekolah)
Topik : Masalah pengasingan, Isi Tempat Kosong, Keterbahagian, Masalah pecahan
2016
Tarikh : 12-13 Mac 2016
Peserta : 98 pelajar (20 sekolah)
Topik : Masalah logik, Masalah nombor ganjil dan genap, Masalah pengagihan, Masalah pecahan.
2017
Tarikh : 18-19 Mac 2017
Peserta : 74 pelajar (20 sekolah)
Topik : Masalah logik, Masalah pola dan corak, Masalah kebolehbahagian, Masalah pecahan.