Bengkel Matematik USM
Matematik - Mencetus Minda Kreatif
Penghargaan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Bengkel Matematik USM 2018. Di bawah sertakan beberapa gambar pada hari kejadian.
Pendaftaran telah tamat
Untuk makluman semua, Bengkel Matematik USM 2018 telah mencapai pendaftaran melebihi 120!
Jadi, kami akan menutup saluran pendaftaran.
Terima kasih kepada sokongan semua dan harap maaf kepada mereka yang telah lepas peluang mendaftar ini.
Jadi, kami akan menutup saluran pendaftaran.
Terima kasih kepada sokongan semua dan harap maaf kepada mereka yang telah lepas peluang mendaftar ini.
PENGENALAN
Sejak
tahun 2013, Bengkel Matematik Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau
Pinang merupakan satu aktiviti Persatuan Sains Matematik untuk
penyertaan sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang. Sejajar dengan
perlancaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menegaskan
unsur penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata
pelajaran matematik, tujuan bengkel ini adalah untuk mengukuhkan minat
dan meningkatkan penghargaan murid-murid terhadap jenis-jenis KBAT yang
dapat disemai melalui mata pelajaran matematik.
Bengkel
Matematik ialah suatu usaha siswa-siswi Persatuan Sains Matematik
bersama penasihatnya di Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains
Malaysia untuk menyemaikan suasana mempelajari matematik dengan kaedah
kreatif yang dapat melatih murid-murid berfikiran kreatif serta
menguasai KBAT dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan ini secara
semulajadinya dapat mengukuhkan lagi minat dan meningkatkan penghargaan
murid-murid terhadap KBAT dan mata pelajaran matematik. Bengkel ini akan
disertai oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 dari semua sekolah
rendah.
Objektif
1. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap mata pelajaran Matematik.
2. Melatih pelajar untuk menguasai KBAT melalui penyelesaian masalah Matematik.
3. Melatih dan memupuk kreativiti pelajar melalui penghasilan kaedah sendiri semasa menyelesaikan masalah Matematik.
Bengkel Matematik 2018
Bengkel matematik kami berharap untuk mendedahkan
pembelajaran beberapa topik penting dalam matematik Olympiad kepada murid-murid
sekolah rendah yang berpencapaian akademik baik mahupun yang atas purata.
Objektif utama bengkel kami adalah untuk meningkatkan
minat pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Matematik dan juga melatih
mereka menguasai KBAT melalui penyelesaian Matematik dan memupuk kreativiti
mereka dalam menghasilkan kaedah sendiri dalam menyelesaikan Matematik.
Untuk tahun 2018, bengkel kami akan menawarkan 3 topik
yang terkenal dalam latihan matematik Olympiad:
1. Prinsip Laci
2. Kaedah Perhitungan
3. Prinsip Rangkuman dan Kecualian
Tarikh : 17 Mac
2018 (Sabtu)
Masa : 7 pagi- 6 petang
Tempat : Bangunan G03 USM, Pulau Pinang
Yuran : RM40 (seorang)
TERBUKA KEPADA DARJAH 5 DAN 6 SAHAJA.
SERTAI SEBAGAI INDIVIDU ATAU SEKOLAH.
PENYERTAAN ADALAH TERHAD!
Bagi maklumat lanjut boleh hubungi:
LEONG (014-6846139)
LEE (017-2931368)
#MatematikMencetusMindaKreatif #USMBengkelMatematik2018
Subscribe to:
Posts (Atom)